Tuesday, January 12, 2010
Gelak ye!
lately ni Aleesya pandai btul ketawa...bile ketawa mengekek2....kalau main dlm cot dia pun dah pandai bergurau...kalau Mama dpn PC pun dia leh panggil pastu bila Mama dtg dia siap gelak pastu berguling2 dlm cot....noty la anak Mama ni...Papa la yg plg rajin melayan Aleesya main. Papa mmg pandai melayan Aleesya main,ajar itu dan ini...Aleesya mmg close dengan Mama dan Papa...sejak2 dah pandai main ni ada je telatah dan keletah ALeesya yg buat Mama ngn Papa gelak tengok...kelakar la Aleesya ni...melihat perkembangan Aleesya hari demi hari memang menakjubkan...Aleesya suka duk dalam walker dan menolak walker nye...klu biarkan meniarap abisla satu rumah dia 'kemas'.....huhuhu..pandai btul anak Mama ni....Aleesya memang menawan hati Mama dan Papa...bila keluar kemana2 mesti akan ada orang yg geram dan tegur Aleesya...Mama rasa semua orang akan geram tengok baby...termasukla Aleesya sbb Aleesya baby kan...semua suka...huhuhu....
Monday, January 11, 2010
Awas!
Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) ialah kematian yang berlaku secara mengejut pada bayi . Ia biasanya berlaku tanpa apa-apa simptom yang jelas. Bayi boleh meninggal secara tiba-tiba sahaja ketika tidur.
Meskipun ajal dan maut di tangan Tuhan, namun ada kalanya, kelalaian boleh menyebabkan anda menyesal seumur hidup. Ikuti kupasan lanjut mengenai SIDS ini. Pelbagai kajian dilakukan oleh para saintis bagi mengenal pasti punca berlakunya kematian bayi secara misteri ini. Ada yang mengaitkannya dengan keadaan tempat tidur bayi, posisi tidurnya malahan ada juga yang mengaitkannya dengan jangkitan bakteria. Kajian saintis, mendapati bahawa kehadiran bakteria turut memainkan peranan penting sebagai penyebab berlakunya SIDS. Didapati bahawa gabungan bakteria jenis Staphylococcus dan Enterobakteria yang menghuni bahagian hidung dan tekak boleh menyebabkan SIDS. Sebenarnya, sindrom ini boleh dicegah daripada berlaku. Ibu bapa mempunyai peranan besar untuk memastikan keadaan bayi mereka terutamanya ketika tidur. Namun apa yang pasti gejala SIDS ini biasanya melibatkan bayi di bawah usia satu tahun. Menurut perangkaan, satu daripada 1,000 bayi meninggal dunia disebabkan sindrom tersebut setiap tahun. Kematian sebegini mendapat perhatian daripada ibu bapa di seluruh dunia. Di Scotland misalnya, kempen yang diadakan untuk memerangi sindrom tersebut menyaksikan pengurangan kes daripada 140 pada tahun 1989 kepada 50 pada tahun 1996.
Persekitaran Pastikan bahawa keadaan persekitaran bilik tidur bayi sentiasa bersih dan bebas daripada mikroorganisma berbahaya. Pencahayaan dan sistem peredaran udara di dalam bilik tersebut perlu berada dalam keadaan yang sesuai. Edaran udara yang tidak sempurna, memungkinkan pengumpulan mikroorganisma tersebut. Juga, pastikan bilik anak tidak dipenuhi dengan terlalu banyak hiasan kerana ia boleh mengumpul habuk dan mikroorganisma dan tidak sihat untuk pernafasan serta kesihatannya secara menyeluruh.
Posisi tidur Bayi yang tidur dalam posisi meniarap lebih mudah diserang SIDS berbanding bayi yang tidur secara terlentang. Kerana tidur secara meniarap membuatkan bayi sukar bernafas dan akhirnya menyebabkan kematiannya. Tambahan pula jika hidungnya tertindih dengan bantal (elakkan penggunaan bantal semasa tidur meniarap).
Botol susu di mulut Sebelum tidur, pastikan tiada sebarang sisa minuman di dalam mulutnya, dengan kata lain jangan biarkan bayi tidur dengan botol susu di mulutnya. Jika bayi tersedak akibat meminum banyak air, ia sudah pasti akan membahayakan mereka. Gunakan cara lain untuk menidurkan mereka. Malah pastikan sendawa bayi terlebih dahulu untuk memastikan dia tidak termuntah susu semasa tidur.
Jangan tidur bersama Sesetengah ibu, kerana risaukan keadaan bayi mereka ketika tidur memilih untuk tidur bersama bayi mereka. Langkah ini adalah salah dan sangat berisiko kerana bayi mungkin terhimpit terutamanya jika tilam yang digunakan adalah tilam jenis lembut. Ada baiknya sekiranya anda tidur berasingan dalam bilik yang sama. Di samping selamat ia memudahkan anda melihat keadaannya ketika tidur.
Beri ruangAda ibu yang gemar meletakkan terlalu banyak bantal dan permainan dalam katil si bayi. Perbuatan ini patut dihindari kerana ia akan melemaskan bayi tanpa disedari. Gunakan bantal seminimum mungkin (atau tanpa bantal langsung) supaya bayi selesa ketika tidur. Pastikan bayi tidur dalam keadaan yang terlentang.
petikan dari majalah pa&ma

Sunday, January 10, 2010
New Year !!! New Day!!!
Rasanya belum terlewat lagi nk wih happy new year walaupun kita dah menginjak ke minggu kedua untuk tahun 2010...huhuhu...bukan pe keadaan tak mengizinkan untuk meng update kan blog ni....baru2 ni sempena cuti new year dan pembuka jln2 we all jln2 ke cameron highlands...so berpeluang la bawa Aleesya jln2 rasa keadaan sejuk yang melampau..hehehe...ternyata mmg sejuk sbb we all pergi coincidence hari hujan kt sana...menginap kt Arabella Home resort mmg best...kedaan sekitar dan apartment yg selesa memuaskan hati....huhuhu...seronok...dan yg penting spend time together with family...
7 month old, second week
You've always known that you and your baby are two separates creatures, but she hasn't. To her, the two of you are one - she has no identity of her own yet. When you puther in front of a mirror, she doesn't even realise that the baby she sees is herself. But this months she'll make a huge mental leap and finally understand that she's an individual, with her own body,thoughts, and feelings. This jump in understanding opens the door to her growing emotional and physical independence, which will take years to fully develop.
Tuesday, December 29, 2009
Finally.....
Finally saat yg mendebarkan pun dah berlalu....hopefully lps ni dah biase la...
alkisahnye last wednesday ptg I took half day b'coz rasa x sedap badan dgn batuk huhuhu....so tghari tu mmg ambik Aleesya dari nursery...ptg tu tup2 Aleesya lak yg panas bdn cam nk demam...bawak g klinik pkr paed shanaliza sbb mmg de appointment pun utk hr tu tp smpai kt klinik pakar tu leh lak bdn Aleesya dh x panas...mlm tu bdn Aleesya panas blik...suhu tinggi smpai dah cecah 39 lebih....aku dah cemas...hubby ckp tunggu esok..klu demam still x turun jugak bwk g klinik...keesokkan pagi Aleesya dah x demam...bdn biase je....aku rase lega skit la...tp x lame lps tu panas blik...time ni letak cool fever pn dh xleh jln dah...panas x turun..so mlm tu aku decided nak bw Aleesya g klinik...disbbkn panas sgt doc trpksa mskkn ubat punggung sbb klu ubat mkn mmg lmbt skit kesan...doc gtau klu pns sikit2 ok lagi bg ubat mkn tp sbb dh terlalu panas x elok utk bby so terpaksa bg dia ubat punggung..balik dari klinik panas Aleesya still x turun2....aku dah mkin risau....mlm tu mmg aku ngn hubby x tido basahkan kepala Aleesya dgn air asam jawa...so pagi2 keesokkannya we took her to Ampang Putri Hospital lak....doc ambik darah and check everything then doc gtau darah Aleesya ok xde problem.doc kasi ubat demam kt punggung and Alhamdulillah trus ok...dia dh main2 cam biase...so sunday tu...tiba2 time nk mandikan dia aku nmpk cam ada ruam2 merah tp penuh kt kepala,muka dan badan dia...so I asked my Mama via phone...Mama ckp campak then pttler demam x kebah2....so finally hr ni Alhamdulillah dah ok sgt2..bg mandi ngn air kelapa....hopefully everything will be fine la...huhuhu....something yg I wanna share here are....I ada tanya doc ttg betulke ubat punggung ni x elok dibandingkan dgn ubat makan...so doc paed tu jwb sbnrnye ubat punggung ni bkn x elok tp di cipta utk bayi yg xleh mkn ubat dan terlalu tinggi demam nye...tu le...tp conclusion nye..drug mmg x elok utk kanak2 esp bby tp we have no choice sometimes b'coz of the circumstances.....

Tuesday, December 22, 2009
Kebaikan susu ibu
Kebaikan Susu Ibu
ihsan dari Kementerian Kesihatan Malaysia
Asli atau tiruan? Lazimnya kebanyakan orang tanpa ragu-ragu akan memilih yang asli.
Namun begitu, masih ramai ibu bapa yang merelakan susu formula iaitu barang tiruan menjadi makanan pertama anak mereka.
Mengapa susu formula atau susu tiruan ini dikecualikan sedangkan masyarakat sedar walau sebaik manapun sesuatu barang tiruan, ia tidak akan sebaik barangan asli?
Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menggalakkan semua ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama enam bulan atau dikenali sebagai penyusuan eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun. Makanan tambahan pula hanya dimulakan semasa anak berumur enam bulan.
Kebanyakan ibu hanya mampu menyusukan anak mereka sehingga dua bulan atau sepanjang tempoh berpantang dan apabila mereka kembali bekerja, ramai yang mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula.
Ada juga segelintir wanita yang baru bersalin langsung tidak memberikan susu ibu kepada bayi mereka sejak dilahirkan walaupun menyedari susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.
Menurut perangkaan 88.6 peratus ibu-ibu di Malaysia pernah menyusukan anak. Ini bermakna 11.4 peratus ibu tidak pernah menyusukan anak mereka!
Daripada 88.6 peratus ibu yang pernah memberikan susu, hanya 29 peratus yang mampu menyusukan bayi mereka secara eksklusif dan hanya 11.7 peratus yang menyambung penyusuan sehingga bayi berusia dua tahun.
Khasiat Susu Ibu
Menurut Penolong Pengarah Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siti Mariam Ali, susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.
Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan,katanya kepada Bernama.
Katanya susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.
Antaranya ialah :
a) mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran)
b) mencegah penyakit kuning (jaundis)
c) melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih)
d) mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E)
e) mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah
alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.
Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan katanya.
Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis,pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.
Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari.
Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.
Fedah Tersembunyi:
Terdapat banyak faedah lain yang diperolehi oleh bayi, ibu, keluarga mahupun masyarakat.
Mungkin kebaikan-kebaikan ini nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian.
Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.
Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit, membolehkan ibu bapa bekerja dengan senang hati tanpa perlu mengambil cuti untuk menjaga anak yang tidak sihat, selain meningkatkan produktivit kata Siti Mariam.
Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu tersebut dengan merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut.
Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan,tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.
Katakan anda memilih untuk membeli pam pemerah susu yang mahal, kos pembelian itu masih murah dibandingkan dengan kos untuk susu formula yang perlu dibeli setiap bulan.
Pam yang menggunakan bateri walaupun berharga lebih kurang RM200, boleh digunakan sehingga dua atau tiga tahun. Jika susu formula, setin berharga lebih kurang RM30. Berapa jumlahnya sebulan? Berapa yang boleh dijimatkan dalam setahun? katanya.
Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.
Kekurangan Susu Formula
Antara kekurangan ketara susu formula ialah khasiatnya tidak akan sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12.
Masih tidak ada kajian yang boleh menentukan kadar sebenar sesuatu zat yang diperlukan oleh bayi. Berbeza dengan susu ibu, kandungan zatnya akan berubah mengikut keperluan katanya.
Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap, katanya.
Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan
puting tidak dibersihkan dengan sempurna.
Bakteria membiak dengan cepat terutamanya jika susu dibiarkan dalam cuaca panas. Walaupun belum berbau masam atau basi, ia masih boleh membahayakan bayi, katanya.
Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi
menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam,selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih.
Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu.
Sebab itu kita melihat ramai bayi yang mengalami kegemukan, mereka mendapat lebih zat daripada sepatutnya, kata Siti Mariam.
Berbeza dengan susu ibu, susu formula juga tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.
Bahaya Air
Selain susu formula, kebanyakan ibu bapa juga cenderung untuk memberikan air kepada bayi mereka dengan alasan mengelakkan bayi daripada haus, badan panas, sembelit atau untuk mencuci mulut bayi.
Siti Mariam berkata alasan-alasan tersebut adalah tidak berasas kerana susu ibu mengandungi 88 peratus air dan bayi yang hanya diberikan susu ibu dijamin akan mendapat cukup air.
Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk
merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.
Perut bayi yang baru lahir hanya memerlukan empat sudu kecil kolosterum (2ml) dan jumlah ini akan meningkat kepada 40 sudu (200ml) hanya setelah bayi menjangkau umur setahun, katanya.
Oleh itu tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat untuk membantu tumbesarannya.
Air juga boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.
Air juga akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Bagi bayi yang mengidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berumur di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.

Monday, December 21, 2009
Holiday....and puree Apple fav Aleesya....huhuhuhu
last friday cuti mmg jln2 sekitar umah je la.....tak tahu plak Papa nk ajak g ke Cameron,dh friday morning bru Papa gtau so x dptla sbb Mama x booking hotel and Mam xnk take a risk if mnerla tahu kot2 hotel seme dah fully book...al maklumla skang ni cuti skola....so jln2 kt KL pn best gak asalkan dapat spend quality time dgn family...Aleesya pn syuke sgt dpt duk umah and spend time dgn Mama and Papa....well, our princess mmg baik ooo....x mo nakal2 k...ari ahad tu x g memaner pn juz singgah jap kt maju junction sbb Mama nye baju dh siap....huhuhu...shopping moping kt hush puppies (ni brg2 papa je yg dapat) ngn Elle boutique....baru je Mama tgh nk pilih2 lagi baju...Aleesya bg sign nk tido lak...huhuhu...so dpt 2 pasang je la....cashier tu siap gtau klu Mama ambik sehelai lagi baju akn dpt 25%....Mama said "thank you"je la sbb Aleesya dh bnyk bg sign nk tido ni...ckp psl sign nk tido ni, Aleesya nye sign klu nk tido dia akn buat bunyi...é-ek' atau genyeh2 mata dia...errrmmmm....mmg bgs nye la sign nk tido..klu mood dia baik dan letih sgt,lgsg x bg sign dia trus tido...huhuhu...cian anak Mama ni...
Last nite ngan last 2 nights, ntah knape Aleesya susah sgt nk tido...pukul 2 pg bru la nk tido tp before that dia dah take a nap...cume x lama...huhuhu....
so kt sini ada resepi puree epal yg Aleesya mmg syuke mkn...errmmm...sedap ni....
Puree Epal
bahan2 nya:
epal merah (beli yg mahal skit sbb manis)
susu
cara:
1) mula2 potong epal tu
2) then rebuskan ke dlm periuk smpai lembut
3) kemudian blend (klu yg mampu tu blehla beli blender lain utk wat baby foods)
4) tapis ngn penapis
5) campur susu skit
6) ltk dlm bekas bersih yg bertutup
then dah bleh simpan dlm fridge,klu nk mkn juz panaskan....

Subscribe to:
Posts (Atom)