Tuesday, December 29, 2009

Finally.....

Finally saat yg mendebarkan pun dah berlalu....hopefully lps ni dah biase la...
alkisahnye last wednesday ptg I took half day b'coz rasa x sedap badan dgn batuk huhuhu....so tghari tu mmg ambik Aleesya dari nursery...ptg tu tup2 Aleesya lak yg panas bdn cam nk demam...bawak g klinik pkr paed shanaliza sbb mmg de appointment pun utk hr tu tp smpai kt klinik pakar tu leh lak bdn Aleesya dh x panas...mlm tu bdn Aleesya panas blik...suhu tinggi smpai dah cecah 39 lebih....aku dah cemas...hubby ckp tunggu esok..klu demam still x turun jugak bwk g klinik...keesokkan pagi Aleesya dah x demam...bdn biase je....aku rase lega skit la...tp x lame lps tu panas blik...time ni letak cool fever pn dh xleh jln dah...panas x turun..so mlm tu aku decided nak bw Aleesya g klinik...disbbkn panas sgt doc trpksa mskkn ubat punggung sbb klu ubat mkn mmg lmbt skit kesan...doc gtau klu pns sikit2 ok lagi bg ubat mkn tp sbb dh terlalu panas x elok utk bby so terpaksa bg dia ubat punggung..balik dari klinik panas Aleesya still x turun2....aku dah mkin risau....mlm tu mmg aku ngn hubby x tido basahkan kepala Aleesya dgn air asam jawa...so pagi2 keesokkannya we took her to Ampang Putri Hospital lak....doc ambik darah and check everything then doc gtau darah Aleesya ok xde problem.doc kasi ubat demam kt punggung and Alhamdulillah trus ok...dia dh main2 cam biase...so sunday tu...tiba2 time nk mandikan dia aku nmpk cam ada ruam2 merah tp penuh kt kepala,muka dan badan dia...so I asked my Mama via phone...Mama ckp campak then pttler demam x kebah2....so finally hr ni Alhamdulillah dah ok sgt2..bg mandi ngn air kelapa....hopefully everything will be fine la...huhuhu....something yg I wanna share here are....I ada tanya doc ttg betulke ubat punggung ni x elok dibandingkan dgn ubat makan...so doc paed tu jwb sbnrnye ubat punggung ni bkn x elok tp di cipta utk bayi yg xleh mkn ubat dan terlalu tinggi demam nye...tu le...tp conclusion nye..drug mmg x elok utk kanak2 esp bby tp we have no choice sometimes b'coz of the circumstances.....

Tuesday, December 22, 2009

Kebaikan susu ibu

Kebaikan Susu Ibu

ihsan dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Asli atau tiruan? Lazimnya kebanyakan orang tanpa ragu-ragu akan memilih yang asli.
Namun begitu, masih ramai ibu bapa yang merelakan susu formula iaitu barang tiruan menjadi makanan pertama anak mereka.
Mengapa susu formula atau susu tiruan ini dikecualikan sedangkan masyarakat sedar walau sebaik manapun sesuatu barang tiruan, ia tidak akan sebaik barangan asli?
Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menggalakkan semua ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama enam bulan atau dikenali sebagai penyusuan eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun. Makanan tambahan pula hanya dimulakan semasa anak berumur enam bulan.

Kebanyakan ibu hanya mampu menyusukan anak mereka sehingga dua bulan atau sepanjang tempoh berpantang dan apabila mereka kembali bekerja, ramai yang mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula.
Ada juga segelintir wanita yang baru bersalin langsung tidak memberikan susu ibu kepada bayi mereka sejak dilahirkan walaupun menyedari susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.
Menurut perangkaan 88.6 peratus ibu-ibu di Malaysia pernah menyusukan anak. Ini bermakna 11.4 peratus ibu tidak pernah menyusukan anak mereka!
Daripada 88.6 peratus ibu yang pernah memberikan susu, hanya 29 peratus yang mampu menyusukan bayi mereka secara eksklusif dan hanya 11.7 peratus yang menyambung penyusuan sehingga bayi berusia dua tahun.

Khasiat Susu Ibu

Menurut Penolong Pengarah Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siti Mariam Ali, susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.
Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan,katanya kepada Bernama.

Katanya susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.
Antaranya ialah :
a) mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran)
b) mencegah penyakit kuning (jaundis)
c) melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih)
d) mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E)
e) mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah
alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.
Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan katanya.

Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis,pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.

Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari.

Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

Fedah Tersembunyi:

Terdapat banyak faedah lain yang diperolehi oleh bayi, ibu, keluarga mahupun masyarakat.
Mungkin kebaikan-kebaikan ini nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian.
Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.
Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit, membolehkan ibu bapa bekerja dengan senang hati tanpa perlu mengambil cuti untuk menjaga anak yang tidak sihat, selain meningkatkan produktivit kata Siti Mariam.
Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu tersebut dengan merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut.
Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan,tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.
Katakan anda memilih untuk membeli pam pemerah susu yang mahal, kos pembelian itu masih murah dibandingkan dengan kos untuk susu formula yang perlu dibeli setiap bulan.
Pam yang menggunakan bateri walaupun berharga lebih kurang RM200, boleh digunakan sehingga dua atau tiga tahun. Jika susu formula, setin berharga lebih kurang RM30. Berapa jumlahnya sebulan? Berapa yang boleh dijimatkan dalam setahun? katanya.
Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.

Kekurangan Susu Formula

Antara kekurangan ketara susu formula ialah khasiatnya tidak akan sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12.
Masih tidak ada kajian yang boleh menentukan kadar sebenar sesuatu zat yang diperlukan oleh bayi. Berbeza dengan susu ibu, kandungan zatnya akan berubah mengikut keperluan katanya.
Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap, katanya.

Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan
puting tidak dibersihkan dengan sempurna.
Bakteria membiak dengan cepat terutamanya jika susu dibiarkan dalam cuaca panas. Walaupun belum berbau masam atau basi, ia masih boleh membahayakan bayi, katanya.
Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi
menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam,selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih.
Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu.
Sebab itu kita melihat ramai bayi yang mengalami kegemukan, mereka mendapat lebih zat daripada sepatutnya, kata Siti Mariam.
Berbeza dengan susu ibu, susu formula juga tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.

Bahaya Air
Selain susu formula, kebanyakan ibu bapa juga cenderung untuk memberikan air kepada bayi mereka dengan alasan mengelakkan bayi daripada haus, badan panas, sembelit atau untuk mencuci mulut bayi.
Siti Mariam berkata alasan-alasan tersebut adalah tidak berasas kerana susu ibu mengandungi 88 peratus air dan bayi yang hanya diberikan susu ibu dijamin akan mendapat cukup air.

Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk
merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.
Perut bayi yang baru lahir hanya memerlukan empat sudu kecil kolosterum (2ml) dan jumlah ini akan meningkat kepada 40 sudu (200ml) hanya setelah bayi menjangkau umur setahun, katanya.
Oleh itu tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat untuk membantu tumbesarannya.
Air juga boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.
Air juga akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Bagi bayi yang mengidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berumur di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.

Monday, December 21, 2009

Holiday....and puree Apple fav Aleesya....huhuhuhu

last friday cuti mmg jln2 sekitar umah je la.....tak tahu plak Papa nk ajak g ke Cameron,dh friday morning bru Papa gtau so x dptla sbb Mama x booking hotel and Mam xnk take a risk if mnerla tahu kot2 hotel seme dah fully book...al maklumla skang ni cuti skola....so jln2 kt KL pn best gak asalkan dapat spend quality time dgn family...Aleesya pn syuke sgt dpt duk umah and spend time dgn Mama and Papa....well, our princess mmg baik ooo....x mo nakal2 k...ari ahad tu x g memaner pn juz singgah jap kt maju junction sbb Mama nye baju dh siap....huhuhu...shopping moping kt hush puppies (ni brg2 papa je yg dapat) ngn Elle boutique....baru je Mama tgh nk pilih2 lagi baju...Aleesya bg sign nk tido lak...huhuhu...so dpt 2 pasang je la....cashier tu siap gtau klu Mama ambik sehelai lagi baju akn dpt 25%....Mama said "thank you"je la sbb Aleesya dh bnyk bg sign nk tido ni...ckp psl sign nk tido ni, Aleesya nye sign klu nk tido dia akn buat bunyi...é-ek' atau genyeh2 mata dia...errrmmmm....mmg bgs nye la sign nk tido..klu mood dia baik dan letih sgt,lgsg x bg sign dia trus tido...huhuhu...cian anak Mama ni...

Last nite ngan last 2 nights, ntah knape Aleesya susah sgt nk tido...pukul 2 pg bru la nk tido tp before that dia dah take a nap...cume x lama...huhuhu....

so kt sini ada resepi puree epal yg Aleesya mmg syuke mkn...errmmm...sedap ni....



Puree Epal

bahan2 nya:

epal merah (beli yg mahal skit sbb manis)

susu



cara:

1) mula2 potong epal tu

2) then rebuskan ke dlm periuk smpai lembut

3) kemudian blend (klu yg mampu tu blehla beli blender lain utk wat baby foods)

4) tapis ngn penapis

5) campur susu skit

6) ltk dlm bekas bersih yg bertutup

then dah bleh simpan dlm fridge,klu nk mkn juz panaskan....

Tuesday, November 24, 2009

Ma..ma...Pa...pa

Aleesya skang ni dh pandai panggil Mama ngn Papa....sejuk je hati Mama ngn Papa dia dengar everytime Aleesya panggil....bila duk kt dlm walker dia dh makin bijak main ngn games n toys dia....mulut pn dah pandai nak 'bebel' itu ini...cam2 dh dia nye imagination....huhuhu...itula anak Mama ngn Papa,,,pandai,cerdik,bijak ye sayang....

Aleesya Sign!

1~Neh/Nah means I’m Hungry
2~Owh ! means I’m tired / I’m Sleepy
3~Eh ! means Burp me
4~Eairh means I’m gassy
5~Heh means I’m uncomfortable

Nur Aisy Aleesya

juz wanna share my little story and my precious moment in my life....

A Precious Experience
22hb
10 pm – sempat lgik pegi mkn bihun sup kt tepi padang taman permata
11.30 pm – teman hubby meeting kelab kt Ampang.time ni dh rse contraction 15 – 10 minit. Sbb igt Braxton hicks so bleh lg baca paper wat dek je..

23hb
12.45 am – balik umh,x hilang gak contraction.sampai pukul 4 pg.
4.30 am – g pital Ampang Putri,doc check dh 2 cm bukak. Bleh mintak nk blik sbb nk ambik brg.
5.00 am – blik umah jap,decide nk g spital putrajaya je.
6.00 am – kt spital putrajaya,doc check 2cm.trus admit.doc gtau pukul 12 tghari bru check lg brape.duk dlm bilik,bleh borak2 sbb x rase sakit sgt pun.risau gak tkut x bukak2 dh…
12.00 noon – doc check still 2 cm lgik…adui…time ni mmg x sakit lg…cme contraction kdg2 tu bleh gelak2,borak kt tepon lg.time ni Abah,Mama ngan adik2 dh on da way nk smpai dri ktn.
2.00 pm – doc check dh bukak 3 cm…tunggu pukul 4 plak.
4.00 pm – doc check dh bukak 4 cm,doc msukkn enema suh buang air besar then tolak msuk LR.
5.15 pm – doc dtg check,terangkn seme2 nk buat lps ni….doc bg etonoks utk legakn rasa sakit.so bila time rse contraction mai je aku sedut la etonoks tu…x skt mner pn tp sajer je,dah doc bg,gunakn je la.
7.00 pm – doc pecahkn air ketuban.doc siap sound lgik tgk aku relax cam x sakit pun.
9.00 pm - doc gtau nk bg aku rasa sakit skit tp sblm tu dia bg aku petadine (btul ke eja ni),aku x nk,sbb nti ngntuk tp doc tkut aku x thn sbb dia budget pukul 2 pg bru aku deliver.so dia nk aku tido dulu la
10 pm – doc dtg tgk bper cm,time ni dh 6 cm,sakit mkin kerap.stp 2 minit….time ni mmg aku dh ting tong,mata xleh bukak cme dgr sore hubby bg semangat je suh sabar dan bnyk mengucap serta igtkn Allah S.W.T kt sblh.
10.00 pm – doc suh push,time ni still 6 cm lgik doc suh push sbb heartbeat bb drop.bb still xmo kuar sbb aku pn push skit je,ngantukla ktkn dan of course la bb aku pn ngantuk…kesan petadine tu la…doc decide nk c-zer.
10.45 pm – doc dh siap nk angkt aku atas katil utk tolak ke OT, alih2 dlm ngantuk2 tu aku gtau aku rasa cam bb nk kuar.mata x bukak,doc suh push,4 atau 3 kali push….
11.11 pm - bb pn kuar.dlm mata x bukak tu,aku bukak skit je nk tgk bb.then smbg tido.doc suh aku tgk bb girl ke boy,aku bukak mata skit,trus ckp “girl kot” (confuse jap). Pastu aku trus smbg tido…zzzzz….
Sedar skit doc still tgh duk jahit,bleh plak aku tnye doc dlm mamai2 tu, “lmbt lg ke nk siap ni doctor? “.klakar bile igt blik.
1.45 am – hubby dtg tunjuk gmbr bb,aku still mamai lgik. Hubby hepi sgt,nmpk cam merah mata dia.terharu btul….pastu nurse dtg bwk bb suh susukn,1st time tgk bb,rasa cm x caye je.
2.00 am – doc dtg gtau semua dh selamat,luka pn 3 jahitan je cme aku ada luka kt dlm,maybe aku push time 7cm kot. Hubby nk blik hntr uri so terpaksala aku bermlm kt bilik ngn bb je sbb hubby dh letih sgt,2 hari tak tido.

Kesimpulannya,Alhamdulillah sbb mudah je rasanya nk lahirkan Nur Aisy Aleesya.

Mama,nak mamam....

wah,Aleesya skang dah pandai nk makan...so Mama dgn x sbrnye watla puree utk Aleesya...mula2 try wat carrot dulu tp Aleesya x ske..maybe taste dia yg x brape syedap...xpe nti Mama try wat lagi...so resepi nk puree ni Mama juz pikir2 sdri jer...mula2 ambikla sebatang atau 2 batang carrot,kikiskan kulitnye,then basuh...kemudian potong kecik2 spy senang nak bled atau lecekkn....dah basuh,pe lagi rebus dulu smpai empuk then blehla blend atau wat mcm Mama je...juz lecek2 kan dlm tapis...dah dpt btul2 hancur barula Mama add ngn susu Mama sket...nmpknye lps ni Mama nak kena kasi modified sket.....hehehe....

Wednesday, November 11, 2009

Flue............cough.......arrgghhh......

dh hmpir seminggu Aleesya batuk ngn selsema,kesian kt Aleesya...
sekarang ni terpaksa panggil Tok Ma minta tlg jagakan dulu smpai sembuh.
suka tgk Aleesya duk rumah,Mama pn dah x risau lagi....seingat Mama,Aleesya start batuk last friday,itu pun petang time Mama ambil Aleesya lps balik keje...Aleesya batuk teruk jugak sedangkan time Mama pegi jenguk Aleesya lunch time tu Aleesya hepi je...friday ngn saturday tu Aleesya ok lagi main...then start batuk makin teruk smpai suara Aleesya pn dah x keluar.....Aleesya asyik moody je...satu hal Mama bersyukur kat sini,Aleesya x macam sesetengah budak lain suka meragam,nangis bila time tak sihat tp Aleesya kdg2 je merengek...nampak sgt Aleesya xde mood tp Aleesya diam je...tu yg Mama rasa bertuah dan bersyukur sgt....macam2 cara Mama try utk bg Aleesya recover, Mama,Papa ngn Tok Ma sbr je dgn Aleesya yg tak mo makan ubat....kesian Aleesya.kecik2 dh kena mkn ubat....huhuhu....kat sini Mama nk kongsikan petua utk tangani bb time demam,batuk dgn selsema..huhuhu

Tips:
kalau baby meragam malam sebab hidung tersumbat,ambik air yg bercampur garam lurutkan perlahan2 ke btg hidung,InsyaAllah senangla tu nak tidur.klu x jadik gak,sapulah vicksdkt belakang ngn dada bb..jgn bnyk2 ala kadar saje....pastikan klu pegi klinik mintak dgn doc bagi ubat titis bukan ubat makan sebab klu hidung tersumbat mmg kena ubat titis.ubat liquid tu utk buat pekatkan hingus so jgn bagi ubat makan klu hidung tersumbat ye...

so stkt ni tu je la tips yg Mama leh kongsikan....dlm minggu dpn Mama nk wat puree stok utk Aleesya plak...bleh la Mama kongsikan kt sini nanti....huhuhu....

Tuesday, November 3, 2009

cian Aleesya.........

pagi ni Aleesya main happy sgt tp bila time Aleesya tgk Mama siap2 nk g office mula la Aleesya buat bunyi....mcm2 bunyi ada...huhuhu..lastly mintak Papa tolong change diaper Aleesya,patutla Aleesya dah uúk rupenye....Mama akn pastikan sblm hantar Aleesya ke nursery Aleesya akn gelak,plg kurang senyum spy Mama akan pergi office dgn hati yg tenang dan x risau pasal Aleesya.kesian Aleesya sbb kena duk kt nursery bila Mama g keje sbb Mama dah xde choice lain yg bleh Mama buat...nak buat camner,Mama kena keje sayang....sblm pegi 'skola' pagi td Aleesya akan kiss Papa dan Mama dulu...Mama akan make sure Aleesya kenyang (bg susu dulu) sbb takut nanti Aleesya tunggu lama plak nk susu kt nursery td...huhuhu...kesian Aleesya,macam mana Mama x kesian,rupe Aleesya yg sayu tu kdg2 buat Mama rasa nak patah balik ambik Aleesya.tghari tadi Mama pegi jenguk Aleesya kt nursery,sayu je hati Mama dengar pengasuh Aleesya gtau klu pukul 1 tu tepuk la camner pn memang Aleesya xkan tido sbb tunggu Mama.memang timing Mama tengok Aleesya kt nursery hari2 so Aleesya mmg dah tahu,Mama minta maaf ye sbb hari ni Mama sibuk skit smpai lmbt pegi jenguk Aleesya,bila sampai dah 1.45 Aleesya dah tido,tp Mama bisikkan kt telinga Aleesya yg Mama datang...nanti Aleesya x protes bila Mama ambik petang nanti...huhuhu....senyum sorang Mama ingat peel Aleesya tu....Mama sentiasa doakan Aleesya sentiasa dilindungi Allah S.W.T sepertimana maksud Aleesya ýg dilindungi'.

It's All about Aleesya

sbnrnye banyak aku nak share kt sini,hari demi hari aku nak share all things about Aleesya ...Aleesya skang dh 5 bulan dia dh pandai senyum,gelak,main,respons,merangkak dan macam2....mengadu dan bebel pun dah pandai...huhuhu..mcm Mama ye...asal Tok Ma tepon je ngadu mcm2 kt Tok Ma...anak kesayangan Mama ngan Papa,cucu kesayangan Tok Ma ngn Tok Abah dan tak lupe Tok Mek...Aleesya ni mmg anak yang baik....pandai ambik hati Mama dan Papa...buat lawak pun dah pandai..memang boleh buat Mama ngn Papa gelak all day kalau main dengan Aleesya....
skang ni Aleesya asyik dgn ibu jari dia,duk isap ibu jari,sampai kadang2 bunyi decit macam sedap jer ibu jari tu....pandai plak masukkan kt mulut Mama dan mulut Papa....klu minum 'nenen' stail baru dia suke buat cam minum susu,lps tu Aleesya akn membebel smbil minum susu tu....aduhai anak Mama ngn Papa sorang ni....

Monday, November 2, 2009

Hari yang Indah!!!

saatku menatap wajahmu buat kali pertama itulah saat yang paling berharga dalam hidupku....syukur ku ucapkan padamu Tuhan kerana memberi aku kesempatan dan peluang yang tidak terhingga ini....

ok,first thing first blog ni dedicate untuk my Aleesya yg dari hari ke hari ada je perkara yang mencuit hati Mama & Papa...
so,pada yg baru nak belajar jadi parents atau dh ada experience tu bleh la kita share info ttg our bb...